Thursday, June 3, 2010


Salam dihulur tanda perkenalan
Ilmu disorok tanda kebijaksanaan
Langkah bersiap erat pegangan
Pecah tembelang pabila digunakan
Sudah tersentuh baru dibuktikan

Asalammualaikum kepada semua sahabat yang mengunjungi laman web ini. Sebagai pengasas kelab ini saya memohon maaf jika ada kandungan didalam laman web ini membuatkan anda semua merasa tidak suka pada kelab kami. Tujuan kelab ini ditubuhkan hanya untuk menyampaikan pesanan jurulatih saya di kedah waktu saya menuntut di IKM dahulu, supaya menyambung ilmu ini dengan mendidik budak-budak lain apabila pulang ke kuala Lumpur dan ia juga hanya bertujuan untuk menambahkan latihan pada diri saya sendiri kerana disini kami mengamalkan konsep kita semua sama. kepada semua persatuan tomoi di tanah melayu ini saya menaroh harapan yang tinggi supaya dapat bersahabat dengan anda semua. kelab Islamic tomoi ini ditubuhkan bukan bertujuan menghantar pemainnya menyertai pertandingan digelanggang tetapi hanya sekadar ilmu mempertahankan diri untuk diguna sewaktu kecemasan. Nama Islamic tomoi ini di beri kerana kami memainkan seni tomoi ini mengikut konsep islam seperti membuat latihan menggunakan seluar panjang atau memakai seluar tomoi tapi memakai seluar ‘taike’ didalamnya dan memakai baju melindungi pusat dari terdedah kerana ini semua adalah aurat bagi lelaki bukan terhadap perempuan sahaja tapi bagi lelaki sesama lelaki juga. Disini juga saya memohon maaf jika ada ahli kelab saya yang bertelingkah dengan ahli kelab persatuan lain.

Mengundur diri dari marah
Itulah sifat keberaniaan utama
Ilmu disimpan tidak dihina
Pabila berbangga dikeji pula